Rabu, 2009 November 11

Aku, mahu jadi aku.



gambar dari www.absglobal.com


Sekali lagi saya nukil kalam 'Abdul rahman Al-Mukaffi: Cinta, menjadikan si pengecut menjadi pemberani, yang bakhil menjadi penderma, si bodoh jadi pintar, memfasihkan lidah, mempertajam pena para pengarang, menguatkan si lemah, mencerdaskan, serta mendatangkan kegembiraan dalam jiwa dan perasaan

Tambah saya: Wahai Mukaffi, bukankah cinta juga mampu membunuh, merosakkan, mencacatkan, menjejaskan bahkan memecahkan hati ini? Bahkan wahai Mukaffi, cinta mampu mencederakan, melukakan dan menghancurkan hati. Mukaffi, bukankah begitu?

Tiba-tiba sahaja berbicara pasal cinta?

Itu masalah saya, personel. Perlu apa orang tahu? Choose our destiny, itu yang perlu kita semua tahu. Di kampus, mereka sendiri tidak mendekati keadilan. Hanya mahu dengar kebenaran sebelah pihak sahaja.

Kata Ustaz Saifullah, setiap ketidakadilan akan kita tentang. Namun, kita juga harus menentang dengan ketidakadilan? Quran sendiri berpesan, jangan sampai kebencian kepada satu puak mendorong kita berlaku tidak adil kepada mereka.

Untuk mempengaruhi orang lain, kita perlu berlaku jujur. Tidak perlulah beritahu kita banyak puasa, banyak solat malam, dan macam-macam lagi. Kamu mahu perjuangkan keadilan, atau mahu menjual kesolehan kamu?

Berlaku 'adillah. Kerana 'adil itu lebih dekat dengan taqwa. Tahu Taqwa? Bukan tokua.

2 ulasan:

"Jika engkau menghadapi dunia dengan jiwa lapang, engkau akan memperoleh banyak kegembiraan yang semakin lama semakin bertambah, semakin luas, duka yang makin mengecil dan menyempit. Engkau harus tahu bahwa bila duniamu terasa sempit, sebenarnya jiwamulah yang sempit, bukan dunianya.”

(Ar-Rafi’i)

2009 November 9 06:55  

:) Terima kaseh Atiqah. Ok, we try it together, :)

2009 November 9 17:05