Rabu, 2009 Julai 01

Nostalgia Lama Di Pondok Pak Ya.

Saya ingat lagi, beberapa tahun yang dahulu, waktu bersekolah di Sekolah Menengah Ugama Madrasah Taufiqiah Khairiyah Al-Halimiyah, muncul banyak karekter yang masih mengesankan saya hingga ke hari ini.


Abang Hafizul Amri (Kalau tak silaplah.) memang cool habis waktu menarik nasyid solawat. Dia betul bagi saya lebih hebat daripada orang lain waktu itu. Abang Rosli, Abang Firdaus Che' Ros yang bermain Jawa Betawi. Ramai lagi, dan lebih ramai lagi yang saya lupa.


Muhadoroh, adalah satu program tahunan yang kami sering buat. Saya masuk ke sekolah itu tahun 2000-2001. Tahun 2000 adalah tahun kemuncak, sebelum abang-abang yang mantap habis telah pergi meninggalkan kami. Berhari-hari mereka mengkader kami menjadi aktor-aktor terbaik di pentas muhadoroh. Buat yang tidak tahu apa itu muhadoroh, muhadoroh adalah pentas bagi kami mendeklamasikan sajak, berpidato, berpantomim, bercerita, nasyid dan pelbagai lagi termasuk membaca berita. Kahkahkah! Tentu agak pelik dan janggal bukan pasal membaca berita ini? Saya tak mahu ceritakan. Hehe.


Namun, pentas ini telah menguncup di tahun-tahun seterusnya. Pembangunan pesat yang dibuat tidak memesatkan pun para pelajarnya. Betullah, kekuatan sesuatu infrastruktur pendidikan itu bukanlah tergantung penuh mutlak kepada gahnya bangunan itu.


Kini, sekolah itu telah diintegrasikan menjadi Sekolah Integrasi Agama Faizin (SAIF). Saya pun sudah lama tidak ke sana. Balik ke Kedah pun tak, apatah lagi pulang ke sana, bagaimana ya rakan-rakan di sana? Saya sudah tidak tahu apa-apa pun tentang di sana.


Semasa melalui UKM tadi, saya melihat budak-budak baru sedang menjalani program biasa bagi pelajar yang baru masuk. Terkenang peringatan keras Prof. Khoo Khay Kim, universiti sekarang sudah menjadi kilang mengandungkan para teknokrat bebal / pekerja kilang.


Ternyata benar kata beliau. Universiti masih tidak berubah, masih bermentalitikan $$$. Syukur, kelana mentah intelektual saya banyak mengajar saya tentang semua ini. Memanglah kui$ saya mentalnya $akit teruk di$$$kan. Tetapi, hanya ghuraba', orang-orang yang mengasingkan diri sahaja yang nampaknya dengan izin Allah telah berjaya. Minda mereka (Para Ghuraba') tidak diselaputi dekan, diploma, degree (Sudah bunyi semacam jenama makanan anjing.) minda mereka sentiasa mahukan perubahan, seperti slogan Tuan Presiden, Islam Memimpin Perubahan. Oh, lupa. Tahniah di atas kesatuan semula dua kem.


Permainan Media? Jangan tipulah hanya media yang salah. Yang kita pun turut terpatuk beratus-ratus kali dengan ular bernama media, apa kes? Sifat kejakunan dengan media mesti dikikis habis. Mungkin cadangan murabbi saya agak kena diambil berat, para pimpinan, tidak perlu ada blog. Buat menyakitkan hati sahaja kepada para penyokong. Jangan ingat pengikut sahaja berdosa, para pimpinan tidak berdosakah jika buat huru-hara media?



0 ulasan: