Rabu, 2009 Julai 15

Hadiah Lagi Untuk Hizbut Tahrir [Gunakan, jangan tak guna hujah ini!]




Apakah erti demokrasi?



Demokrasi ialah menyerahkan kuasa kepada majoriti rakyat untuk memilih pemimpin.



Di dalam masyarakat seluruh dunia, orang yang paling ramai, atau majoriti masyarakat ialah yang rendah intelek mereka. Dalam bahasa lain orang yang bodoh adalah yang paling ramai. Ini boleh dilihat di mana-mana pun, di Malaysia contohnya, lihatlah di kampung, bandar atau, khususnya, di sekolah-sekolah, nyatalah bahawa yang berotak cemerlang adalah amat sedikit. Yang cerdik ramai juga tapi tidak seramai yang lemah.



Maka ertinya, demokrasi adalah menyerahkan kuasa kepada orang yang paling lemah akal mereka atau yang bodoh. Ini menunjukkan bahawa demokrasi tidak 'adil. Apakah yang boleh difahami oleh orang yang lemah akal mereka.



Maka sebab itu mereka akan memilih orang tidak sepetutnya dipilih untuk jadi pemimpin mereka. Mereka akan memilih walaupun pemimpin yang dipilih itu akan menipu mereka.
Dari sini kita akan fahami kenapa Islam tidak membenarkan selain ahli hilli wal aqdi untuk menentukan pemimpin. Mereka itulah yang dipanggil ahli syura. Ahli syura ialah orang yang bersifat adil, iaitu orang tidak melakukan dosa, dan mestilah yang luas ilmu pengetahuan mereka.





Di dalam masyarakat Islam orang yang paling ramai ialah yang lemah amalan agama mereka. Lihat sahaja masjid, surau, dan majlis-majlis ilmu adalah amat sedikit umat Islam yang datang. Sebaliknya majlis maksiat sepertri konset dan lain-lain adalah terlalu ramai.



Sekiranya Islam membenarkan demokrasi dalam memilih pemimpin maka pemimpin akan dipilih oleh orang yang fasiq, dan sudah tentu mereka kan memilih yang ‘sebangsa’ mereka juga.
Sekiranya ada orang Islam yang mengatakan demokrasi itu adil maka perlu diperiksa iman mereka. Kerana demokrasi adalah bertentangan dengan syariat. Pilihanraya yang dibenarkan oleh Islam ialah pilihanraya yang para pengundinya adalah manusia cerdik dan taat mengamalkan perintah agama. Maka ketua kampung hanya boleh dipilih oleh ahli masjid yang berpendidikan agama yang cerdas akal mereka. Ketua kampung juga mestilah ahli masjid, berpen-didikan agama dan cerdas akalnya.




Ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri dipilih oleh ketua-ketua kampung tersebut. Maka dari sini akan lahirlah pemimpin yang adil yang akan melaksanakan hukum Islam dengan sebaik-baiknya.



[Diambil lagi dari http://anakgeriksoleh.blogspot.com]

0 ulasan: