Selasa, 2009 Jun 23

Topik-topik Menarik




Saya fikir, ada beberapa topik yang patut diperbincangkan secara serius (Atau mungkin juga sinis) seperti Sifat kejakunan dengan Media Massa, Kesepakatan Antara Para Syaitan dan Ketidaksepakatan antara manusia-manusia.

Tadi, Urwatul Wusqa -organisasi berorientasikan pemikiran dan penulisan SAHAJA- ada bincang sedikit. Kecelaruan permasalahan pada hari adalah tidak mengenal al-'ilm dengan baik, tidak memahami al-'ilm dengan baik. Selepas Baginda Muhammad S.A.W ada lagi yang dimaksumkan...

Manakala al-'ilm dikudungkan maka, telah terjadilah apa yang telah terjadi.

SMS dan MMS sebagai contoh. Kita agak lurus dengan permainan jahiliyah tanpa ada hasrat (Atau mungkin juga ada. Namun hanya ada, tidak berguna juga.) untuk mengenakan semula jahiliyah. Tone makian saya sudah pudar, alhamdulillah saya tidak mahu maki lagi.

Namun, fenomena sebelum, semasa dan selepas Muktamar harus diperhati secermatnya. Abang Lutfi saya bilang, tsunami PRU itu untuk siapa? UMNo-BE-END kah atau FI?

SMS dan MMS yang saya belum jelaskan. Kita ada talipon genggam (Istilah Dr.Manuti) bukan? Mengapa tidak gunakan? Mungkin dia Tok Guru atau tidak ambil tahu hal perkembangan teknologi hari ini, tidak mengapalah, maafkanlah dia.

Tetapi para pembantunya? Takkan tidak tahu? Mustahil. Kita, kalau mahu meruntuhkan akan senang sahaja bikin jalan untuk buat sidang media. Saya, kalau mahu diminta pandangan, saya cuma akan kata dua, samada mereka ini benar-benar bodoh, atau benar-benar jahat.

Ikhlas? Tidak ada. Tidak ada lagi. (Lagipun, saya mana nampak ikhlas. Ikhlas urusan Tuhan, kita menghukum dengan zahir.)

Kerajaan Perpaduan?

Ah, tak mahu cakap dah. Apa yang penting, yang saya percaya, Islam akan tertegak semula. Sama ada hangpa nak tolong Islam ka, tak mau tolong ka, Islam akan tertegak. 'Ala minhajin nubuwwah (Dan saya bukan Hizbut Tahrir.)

(Maaf, tone untuk menulis dengan tersusun agak kureng dalam dua tiga fasa yang celaka ini.)

0 ulasan: